Follow us

Ingat lagi bro yg mengamuk kt jpj hari tu yg telah viral 1 malaysia, beliau mati ditembak 7 Das Tembakan .


Tentu korang tau tentang satu laporan polis oleh arwah ni yang dengan  beraninya  arwah 'menyerang' Ibu Pejabat JPJ Bt Uban, Pulau Pinang  kerana tidak berpuashati dengan status kenderaan yg telah dilupuskan,


Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga Allahyarham Amin dan semua sahabat

Arwah adalah seroang tauke restoran nasi kandar maut ditembak dari jarak dekat di Jalan Datuk Keramat, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 3.30 pagi itu, Syed Amin Zainul Abidin, 46, yang memandu kereta Mercedes Benz dipercayai berhenti di depan sebuah kedai motosikal sebelum dihampiri dua lelaki menaiki sebuah motosikal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zakaria Ahmad, berkata seorang daripada suspek melepaskan tujuh das tembakan ke arah mangsa yang berada di tempat duduk pemandu.

Beliau berkata, empat das tembakan mengenai badan peniaga berkenaan dan satu das lagi mengenai bahagian kepala, menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi.

Suspek juga, katanya, turut melepaskan satu das tembakan ke arah dua anggota RELA, yang bertugas mengawal premis perniagaan berdekatan, namun tersasar.

"Siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan masih dilakukan bagi mengenal pasti motif serangan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian sebentar tadi. ‪

#‎dtrnews‬ ‪#‎semalayawasapgrup‬ ‪#‎dtrcrewadib‬ Al Fatihah..










mestigempaknetwork.blogspot

Post a Comment

0 Comments