Follow us

AL-FATIHAH... Pasangan bakal Pengantin Maut ... Jodoh dipisahkan ajal

 Pasangan bakal Pengantin Maut


AL-FATIHAH... Pasangan bakal Pengantin Maut ... Jodoh dipisahkan ajal 

Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعون 

Sepasang kekasih yang masih dalam ikatan pertunangan maut setelah kereta Proton Wira yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan. 
Che Sukiman Che Rahim, 41, dari Felda Kerteh 6 dan tunangnya Nur Ashikin Mohamed, 23, dari Kampung Balai Besar Dungun, maut setelah Kereta tersebut hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh kereta Proton Wira yang lain.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi di Kilometer 88.9, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Dungun.
Nur Ashikin yang memandu kereta dari arah Dungun menghala ke Paka dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan kanan jalan sebelum sebuah lagi Proton Wira dari arah bertentangan yang dipandu Wan Mohd Shahzrul Azri Wan Omar, 26, merempuh bahagian kiri kenderaan pasangan berkenaan.
Akibat rempuhan tersebut, kereta mangsa telah putus dua manakala Che Sukiman pula tercampak keluar.
Difahamkan, Wan Mohd Shahzrul yang berasal dari Kampung Merchang, Marang, parah akibat kemalangan itu dan kini dilaporkan kritikal.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun Amri Mohamad berkata, sepasukan lapan anggota dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung kejadian.
"Mayat Nur Ashikin yang tersepit di tempat duduk pemandu berjaya dikeluarkan 15 minit kemudian. Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang parah dibawa ke Hospiral Dungun," katanya.

sumber: Hmetro

Post a Comment

0 Comments