Follow us

Pengurus pasukan Johor & anak maut dalam kemalangan dua kereta bertembung

Pengurus pasukan Johor yang beraksi dalam Kejohanan Sepak Takraw League (STL) 2019 dan anak perempuannya terkorban dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Jalan Mersing-Endau, berhampiran Hutan Lipur Gunung Arong petang semalam.
Mangsa Abdul Manan Ahmad dan Nur Ainil Jannah Abdul Manan yang menaiki kereta jenis Toyota Vios meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.
Berita kematian itu mengejutkan pelbagai pihak dan kenalan mereka yang turut mengambil kesempatan bagi menitipkan al-Fatihah dan mengucapkan takziah di laman media sosial.
TENANGLAH BERSEMADI KAMU DI SANA.SALAM TAKZIAH DARIPADA KAMI SEMUA.Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ…
INNALILLAHIWAINNALILLAHIROJIUN…..PEGAWAI PASUKAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM DAERAH KLUANG, LT (PA) ABDUL MANAN AHMAD,…
ALLAHUAKBAR..DAPAT BERITA KEMATIAN DARI KAWAN2 DI APM KLUANG..TUAN ABDUL MANAN BIN HAJI AHMAD DAN ANAKNYA AINIL JANNAH…
Menerusi laman Instagram Nur Ainil Jannah pula, gadis berusia 22 tahun itu sempat memuat naik beberapa Instastory selepas menghadiri majlis perkahwinan sahabatnya.
Al-Fatihah & salam takziah! Semoga roh kedua-duanya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman serta beramal soleh. 
Sumber : Sinar Harian , Facebook , Instagram

Post a Comment

0 Comments