Follow us

Amboi!!!. Boleh Dia Pakai Whatsapp Ajer Bagitau Nak Berhenti Kerja Esok.... Ini Jawapan Tokey dia.



Jika seseorang pekerja berhasrat untuk berhenti kerja, seharusnya ada step-step yang perlu dilakukan. 

Pastikan anda mempunyai salinan surat perjanjian surat tawaran yang anda tandatangani dengan HR. Sekiranya, tiada anda perlu meminta sendiri salinan itu dari HR. 

Surat itu penting kerana ia mempunyai segala details tentang masa waktu kerja, shift, cuti bekerja, annual leave yang diperuntukkan dan gaji yang diberi. Jadi surat perjanjian ini sangat penting untuk digunakan pada waktu ini.


Jangan pulak jadi macam dalam screenshot whatsapp di atas. Ikut suka dia aje nak berhenti kerja esok. Tentulah ini akan menyusahkan semua orang.



Prinsip Asas Penamatan Kontrak Menerusi Notis:
  • Mana-mana pihak yang hendak menamatkan kontrak pekerjaan ini hendaklah memberikan notis terlebih dahulu.
  • Tempoh notis hendaklah sama panjang antara majikan dan pekerja.
  • Peruntukkan mengenai notis ini hendaklah dinyatakan secara bertulis di dalam kontrak
  • Jika ia tidak dinyatakan di dalam kontrak, maka tempoh yang disebut dalam Akta Kerja 1955 hendaklah digunakan.
  • Notis itu hendaklah bertulis
  • Pihak yang menerima notis mempunyai hak mengenepikan notis tersebut
sumber : http://dululainsekaranglain.com/undang-undang/akta-kerja-1955-notis-berhenti-kerja




Post a Comment

0 Comments