Follow us

Filem Ola Bola Berjaya Raih RM8 Juta Dalam Tempoh 13 Hari


Tahniah!! Nampaknya bukan sahaja filem Polis Evo lakonan hebat Zizan Razak dan Shaheizy Sam berjaya mengutip RM 8 juta semasa tayangannya, terkini filem Ola Bola terbitan Astro Shaw terus mengejar angka box office itu di mana setakat 13 hari tayangannya telah berjaya mengutip RM 8 juta.
Pastinya ramai yang dapat menyaksikan promosi hebat filem ini yang ditayangkan di kaca TV melalui siaran ASTRO oleh team produksi dan digital seraca berterusan.
Cuti umum Tahun Baru Cina turut menjadi penyebab kenapa Ola Bola menjadi pilihan utama penonton di pawagam berhampiran.
Barisan pelakon baru seperti Luqman Hafidz, JC Chee dan Eric Tang ini telah mencipta fenomena baru untuk industri filem tempatan.
Kepada yang masih belum menonton, silalah bawa bersama rakan-rakan, keluarga mahupun kekasih hati untuk menonton bersama.

Post a Comment

0 Comments