Follow us

Video Naurah Si Kecil Menyebut Nama Allah Untuk Hilang Kesakitan Setelah Tersepit Runtuhan Bangunan



Kanak-kanak ini yang bernama Naurah, tidak menjerit memanggil ibunya tatkala beliau tersepit di bawah runtuhan selepas siri pengeboman rejim laknat Assad di kawasan kediamannya di Neirab, Aleppo. 

Sebaliknya, anak kecil ini tidak berhenti-henti menyebut "Ya Rabbi....Ya Rabbi...Laa Ilaha Ila Allah.." (Ya Tuhanku...Ya Tuhanku..Tiada Tuhan selain Allah..) semasa petugas keselamatan cuba mengeluarkannya dari bawah runtuhan tersebut.

Terpegun apabila melihat video yang merakamkan saat anak kecil ini melaungkan kalimah suci bagi memohon ke hadrat  Allah S.W.T untuk meringankan kesakitannya serta  membantu petugas mengeluarkannya. Malahan Naurah masih bermain pasir apabila dirinya semakin tenang mungkin ini adalah pertolongan daripada Allah S.W.T kepada hamba-hambanya yang teraniaya kerana doa orang yang teraniaya adalah doa yang makbul.


Post a Comment

0 Comments