Follow us

BAYI 8 BULAN DITIKAM IBUNYA SEBANYAK 90 KALI DENGAN GUNTING KETIKA MENYUSU BADAN


Jiangsu – Apalah dosa bayi ini. Gara-gara menggigit ibunya ketika menyusu badan, seorang bayi berusia lapan bulan telah ditikam sebanyak 90 kali oleh wanita tersebut dengan menggunakan gunting. Perbuatannya itu telah menyebabkan Xiao Bao menerima 100 jahitan.

Bayi malang itu tinggal  bersama ibu dan dua orang bapa saudaranya dan mereka semuanya menjalani kehidupan sebagai pengutip sampah-sampah untuk tujuan kitar semula.

Kejadian tersebut telah  disedari oleh salah seorang daripada bapa saudaranya selepas beliau mendapati  Xiao Bao dalam keadaan berlumuran darah, sebelum dikejarkan ke hospital. Wanita berkenaan akhirnya mengaku bahawa dia menikam anaknya sendiri kerana bayi itu menggigitnya ketika sedang menyusu. 

Laporan polis menyebut wanita itu tidak mengalami sebarang penyakit mental. Sehubungan itu, jiran-jiran telah meminta supaya pihak berkuasa mengambil bayi berkenaan, agar kejadian sama tidak berulang. 

Penyakit mental menjadi isu utama yang dibangkitkan di China dan satu analisis kesihatan yang dikeluarkan oleh empat wilayah di China pada 2009 yang disiarkan dalam jurnal perubatan The Lancet menganggarkan 91 peratus daripada 173 juta penduduk di China dipercayai mengalami masalah mental.

Namun mereka tidak pernah mendapatkan bantuan professional.-

Post a Comment

0 Comments