Follow us

Murid 12 Tahun Risau Tak Dapat Menulis Lagi Kerana Hilang Tiga Jari Akibat Main Mercun


Johor Bahru: “Macam mana saya mahu menulis jika tiga jari saya dipotong?” tanya Norhakime Rozan, 12, selepas diberitahu tiga jarinya terpaksa dipotong berikutan cedera teruk akibat letupan mercun bola.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu terpaksa kehilangan jari manis tangan kanannya selepas mercun dimainkannya meletup di belakang rumah terletak di Senai di sini, jam 10 malam Jumaat lalu. 


Norhakime berkata, dua lagi jarinya terpaksa dipotong selepas doktor yang membuat pemeriksaan semalam memberitahu ia sukar diselamatkan. 

“Buat masa ini doktor cuba masukkan tiub pada jari telunjuk dan tengah. Namun, sekiranya esok (hari ini) jari saya masih lebam dan darah tidak mengalir, ia mesti dipotong juga.

“Saya sedih. Jika hilang satu jari mungkin saya masih boleh menulis. Tetapi macam mana jika dua lagi jari turut dipotong?” katanya ketika ditemui di Wad Kanak-kanak, Hospital Sultanah Aminah di sini, semalam. - myMetro

Post a Comment

0 Comments