Follow us

VIDEO DETIK DI MANA KOTAK HITAM MH17 TELAH DITEMUI OLEH PEMBERONTAK BERJAYA DIRAKAM



Pemberontak pro-Rusia hari ini berkata mereka telah berjaya menemui kotak hitam pesawat MH17 dan menghantarnya ke Donetsk walaupun diminta untuk menyerahkannya kepada penyiasat di tempat kejadian.

Ketua pemberontak Aleksander Borodai pada sidang akhbar di Donetsk: 'Beberapa barangan ditemui, berkemungkinan kotak hitam, telah ditemui, dan mereka telah dihantar ke Donetsk dan ia kini berada di bawah kawalan kita.

Tiada pakar di kalangan kita yang boleh menentukan rupa kotak hitam, tetapi kita telah membawanya ke Donetsk beberapa peralatan teknikal yang berkemungkinan kotak hitam pesawat itu.

Perakam data berwarna oren telah  berjaya dijumpai di lokasi kemalangan oleh seorang lelaki memakai pakaian seragam pemberontak pro-Rusia pemberontak

Pemberontak pro-Rusia yang memanggil dirinya 'Novorossiya', atau New Rusia, telah menulis tweet bahawa kotak hitam pesawat milik Malaysia yang terhempas telah dibawa ke Donetsk di timur Ukraine.


Pasukan penyiasat nahas udara antarabangsa masih tidak dapat mengakses tempat kejadian kerana  keadaan masih tidak stabil di kawasan ini.

Borodai berkata beliau merancang menyerahkan kotak hitam kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa. Beliau juga berkata mayat-mayat yang diperoleh daripada lokasi kemalangan di timur Ukraine akan ditempatkan di dalam peti sejuk di sebuah stesen kereta api di bandar Torez sehingga ketibaan delegasi penerbangan antarabangsa.

Walau bagaimanapun, ahli-ahli Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama pada hari ini telah dibenarkan untuk memeriksa beberapa mayat yang dibawa dari lokasi nahas penerbangan MH17  diletakkan dalam peti sejuk  kereta api sembilan kilometer dari lokasi kemalangan di Torez.

Pemeriksa-pemeriksa OSCE yang tidak mempunyai kepakaran dalam penyiasatan nahas udara, memakai perisai kalis peluru di badan mereka dam meneruskan kerja mereka. Borodai mengesahkan  mayat-mayat tersebut akan diletakkan dalam kereta api yang mempunyai kelengkapan peti sejuk sehingga penyiasat nahas udara tiba.

Setiausaha Luar British Philip Hammond hari ini meminta Presiden Rusia Vladimir Putin menyerahkan kotak hitam atau menghadapi tindakan antarabangsa. Hammond berkata: "Saya rasa ini adalah satu titik keputusan bagi Rusia.

Post a Comment

0 Comments