Follow us

Penjelasan Doktor Kenapa Arwah Adik Nurin Nadirah Kelihatan Tersedak Ketika dimandikan

sumber: Nurul Jannah Official


Keluarga murid Tahun Satu, Nuri Nadirah Ruslan, 7, yang meninggal dunia dipercayai dipatuk ular semalam menafikan kanak-kanak itu ‘hidup semula’ sebagaimana tersebar di laman media sosial malam tadi.
Ibunya, Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, bagaimanapun mengakui anaknya itu kelihatan seolah-olah tersedak ketika proses memandikan jenzah petang semalam.
“Perkara yang diviralkan sejak jam 9 malam tadi yang mendakwa Nuri Nadirah tersedar dan memegang tangan saya tidak benar sama sekali.
“Namun, bagi memuaskan hati keluarga, jenazah Nuri Nadirah yang sepatutnya dikebumikan malam tadi ditangguh kepada pagi esok.
“Pada masa sama, kami juga menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional supaya dapat memuaskan hati ahli keluarga.
“Saya minta semua pihak hentikan sebar maklumat yang tidak betul,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Taman Buaya, malam tadi.
Nuri Nadirah murid Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Hashim 1, dipercayai dipatuk ular ketika waktu rehat kira-kira jam 9.30 semalam.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan jam 12.30 tengah hari.
Malam tadi, berita mangsa yang disahkan telah meninggal itu tiba-tiba menjadi viral kononnya ‘hidup semula’ apabila mangsa dikatakan tersedak semasa proses memandi jenazah dilakukan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, pihaknya memandang serius maklumat yang diviralkan dan akan menyiasat sekiranya keluarga membuat laporan polis. – 20 April 2016.
LATEST UPDATE!! ADIK NURIN..
Adik Nurin baru sahaja disahkan meninggal dunia .. Bru dapat berita mengatakan adik nurin btol2 dh meninggal..menurut info,doktor cakap mungkin tindakbalas otak yg masih lagi berfungsi...setakat 2 sjew info.. apa2 berita terbaru admin akan update dari masa ke masa . Semoga Allah permudahkan segalanya .. Aminn..

Sumber : Iela Fadila 
.


Post a Comment

0 Comments