Sumber:
malaysiandigest.com
Seorang wanita Mesir telah menuntut cerai gara-gara suaminya terlalu kacak.
Berdasarkan laporan Emirates 247, wanita ini berkata hidup bersama suaminya selama tempoh 3 tahun membuatkannya sengsara.
Menurut wanita itu juga, dia tidak mempercayai suaminya dan dia sentiasa cemburu sepanjang masa. Dia dikatakan takut sekiranya si suami mungkin menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.
Kisah ini telahpun menjadi viral di media sosial.
Ramai wanita di luar sana yang menyokong keputusan yang dibuat olehnya. Ada yang kata itu adalah satu tindakan bijak. Ada juga berpendapat, daripada hidup sengsara dan tertekan, lebih baik berpisah.
0 Comments