AMERIKA SYARIKAT: Seekor Harimau Malaya tiba-tiba mengamuk dan menyerang seorang petugas Zoo Palm Beach, Florida, pada Jumaat lalu.
Stacey Konwiser, yang bertugas sebagai ketua penjaga harimau di sana telah mengalami kecederaan parah setelah beliau diserang di dalam kandang ketika sedang membuat persediaan untuk satu sesi bual bicara yang dinamakan 'The Tiger Talk' bersama pengunjung.
Menurut The Sun Sentinel, pasukan paramedik akhirnya dapat mendekati dan merawat mangsa setelah harimau Malaya tersebut berjaya dikepung dan ditenangkan.

Mangsa yang berusia 38 tahun itu selepas itu telah diterbangkan ke Pusat Perubatan St.Mary, sebelum beliau disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas itu.
Zoo tersebut juga dilaporkan telah ditutup sehingga hari Ahad ini.
Naki Carter, jurucakap zoo tersebut, memaklumkan bahawa Konwiser pada ketika kejadian sedang menjalankan kerja rutin hariannya.
Siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui punca kenapa harimau Malaya itu bertindak ganas secara tiba-tiba
Konwiser sudah bertugas di zoo tersebut sejak tiga tahun yang lalu di mana terdapat 4 ekor Harimau Malaya di zoo berkenaan.
Mangsa pernah memuatnaik status akaun Facebook miliknya awal tahun ini, dengan catatan 'lelaki terbaru dalam hidupku'.
astroawani
0 Comments