‘BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’, demikianlah luahan seorang pengguna sosial, Hasnul Zulkarnain apabila mengenangkan nasib bayi kembar berusia berusia lapan hari ini.
Ini kerana, bayi kembar termasuk enam lagi adik beradiknya telah menjadi anak yatim pada usia yang muda sekali gus hilang kasih sayang seorang ibu.Menurut Hasnul, ibu bayi ini telah meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak pada Khamis.Difahamkan, anak arwah yang sulung baru berusia 14 tahun.
Tambah menyayat hati, keluarga yang tinggal di Changkat Jambu, Kuala Kangsar ini juga mempunyai masalah kewangan dan suami arwah pula hanya bekerja sebagai pemandu lori.
“Yang sedihnya, bekalan air kena potong, bayi kembar belum mandi lagi sebab pampers tak ada… Botol susu ada satu je.
“Ya Allah, beratnya dugaan mereka ini, syukur dengan nikmat yang Allah bagi kat kita,” katanya.
Status Hasnul turut menjadi viral sekali gus membuat netizen bersimpati dengan dugaan yang menimpa keluarga ini.
Bagi yang ingin memberi sumbangan, bolehlah menelefon suami arwah 0172728301/ 0172115769 atau mengunjungi rumah pada alamat, No 31, Kampung Changkat Jambu, Kati, Kuala Kangsar, Perak.
-mynewshub
0 Comments