Follow us

BIADAP..!! Koyak Kad Pesakit dan Slip Preskripsi Kerana Tak Dapat Sijil Sakit

sijil sakit

Pengendali Page The Dressar & Co telah memuat naik status tentang seorang lelaki yang marah dan biadab kerana tak diberi sijil cuti sakit (MC) oleh pegawai perubatan dia sanggup mengoyak kad pesakit dan slip perskripsi yang diberikan. 

Individu tersebut telah pergi ke klinik kerana dikatakan mengalami sakit perut dan cirit birit. Selepas diperiksa dan diberikan perskripsi ubat berkenaan, individu tersebut ingin meminta sijil cuti sakit. 

"Kita pun suruhlah dia ambil spesimen stool untuk membuktikan bahawa dia memang cirit birit dan tidak layak untuk bekerja. 

"Sekali dia ambil kad pesakit dengan prescription slip itu sekali dan dia koyak-koyakkan depan muka staff klinik, buang ke atas lantai sebagai tanda protest kepada doktor tersebut.
"Wah, gangster. This is Malaysia everyone. Kau nak perubahan tetapi kau sendiri tak nak berubah," 

Individu tersebut sepatutnya mengikut arahan pegawai perubatan itu yang memintanya mengambil spesimen stool untuk memastikan pesakit tersebut benar-benar sakit dan tidak layak untuk bekerja.

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad yang sering menerima pelbagai kerenah pesakit yang ingin mendapatkan sijil sakit, adakalanya ”pesakit” ke klinik atau hospital kerana mahu menyambung cuti atas sebab peribadi. Kebetulan pula cuti tahunannya telah habis.

Ada juga MC yang digunakan untuk mengelak untuk menghadiri perbicaraan, temuduga, peperiksaan dan malah untuk tidak hadir pernikahan.

Pesakit” terpaksa berlakon di hadapan doktor dengan niat untuk menipu. Dia berjalanlah terhenjut-henjut kononnya kakinya terseliuh, atau masuk ke bilik doktor sambil memegang perut kononnya sakit.

Pada pandangan peribadi saya, saya sering mengesyaki bahawa ”pesakit” itu menipu. Namun saya tidak ada bukti kukuh yang ”pesakit” itu menipu atau saya tidak boleh menuduh ”pesakit” yang datang berjumpa saya untuk mendapatkan rawatan sebagai menipu.

Secara tidak langsung majikan akan menyalahkan pegawai perubatan yang memberikan sijil cuti sakit tersebut dan mendakwa mereka bersekongkol dalam menyalahgunakan sijil cuti sakit. Lebih teruk lagi, jika majikan melaporkan perkara itu kepada pihak atasan pegawai berkenaan.

Post a Comment

0 Comments