Follow us

Sultan Johor Ceritakan Tentang Fakta Sebenar Istana Bukit Serene Johor Bahru Yang Jadi Kediaman Rasmi Baginda




KESULTANAN JOHOR - FAIL FAKTA Istana Bukit Serene Dibina pada tahun 1939, istana megah ini adalah hadiah Kerajaan negeri Johor kepada Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (1895-1959), bersempenaan ulang tahun baginda yang ke-40 sebagai Raja Johor. 





Dinamakan sempena bukit di mana ianya dibina, istana ini terletak di atas tanah berkeluasan 121.4ha yang berlandskap taman-taman yang indah. 



Ketika Perang Dunia ke-2, tentera Jepun telah menjadikan istana ini sebagai markas ketenteraan mereka. Istana Bukit Serene telah melalui proses pengubahsuaian beberapa kali, termasuk yang terakhir pada tahun 2015. 






Istana bertingkat dua ini mempunyai lima bilik, sebuah perpustakaan, pejabat Tuanku Sultan, bilik persidangan serta sebuah menara setinggi 35 meter yang menghadap ke Singapura. Ia kini merupakan kediaman rasmi Sultan Johor.

SUMBER: Sultan Johor Official

Post a Comment

0 Comments