Follow us

"Arlina dah mati ke belum?" - Arlina Banana Dikecam Lebih Teruk Selepas Umum Nak Bunuh Diri

  • Memang kecoh di Twitterjaya kerana Arlina Banana membuat pengesahan bahawa beliau akan bertindak untuk bunuh diri kerana tak tahan dibuli netizen di alam siber

    • Setelah mebuat kenyataan itu, Arlina Banana dengan tweethandle@arlinabanana
        • telah menyahaktifkan akaun serta-merta.

    • Nanti dulu, Arlina Banana ni siapa?
    • Arlina Banana pernah tersenarai dalam sebuah artikel di soscili.my pada 22 April lalu hasil tulisan Aisyah Razak yang berjudul '5 Belia Malaysia Yang Awesome'. Dalam artikel tersebut, Arlina disenaraikan dengan bekia hebat yang lain seperti Syed Azmi dan Syed Saddiq.
    •  Arlina Banana di bawah:

    • Arlina adalah seorang personaliti yang popular dengan video-video lawak yang terselit mesej disebaliknya. Bercerita mengenai approach beliau dengan menggunakan social media sebagai jalan alternatif untuk beritahu orang ramai untuk “love yourself”, beliau mengatakan social media adalah escapism untuk dirinya.

      “Saya tulis untuk motivasikan diri sendiri dan secara jujur membuat video-video itu semua hanyalah untuk hiburan semata-mata. Tiada sebarang niat untuk spread positivity, mungkin orang yang membacanya merasakan dirinya relatable dengan apa yang saya sampaikan.” – Airlina dalam temubual dengan SOSCILI.
    • Arlina adalah seorang anak muda yang berusaha gigih untuk membasmi stereotaip orang kita terhadap kecantikan fizikal terutama sekali berat badan. Dia sering kali memuat naik kata-kata semangat di laman sosialnya yang rata-rata mendapat beribushares. Benda yang bagi kita biasa-biasa sahaja tetapi orang macam ini lah dunia perlukan untuk menyebarkan benda-benda positif.

      “Pada mulanya yes, memang saya agak kecewa bila orang make fun of my appearance rather than apa yang saya cuba katakan. Anda tak boleh paksa orang untuk dengar kata-kata anda. Kalau mereka tidak berminat dengan apa yang saya cuba katakan dan memilih untuk make fun of my physical appearance, biarkan. Dan saya selalu ingatkan pada diri sendiri untuk tidak memilih untuk terganggu dengan perkara remeh-temeh. ada banyak lagi perkara penting yang perlu difikirkan," kata Arlina.
       soscili.my
    • Antara projek yang dihasilkan oleh Airlina adalah ‘Glass of Hope’ iaitu botol kaca yang mengandungi nota-nota kecil untuk menaikkan semangat kita tatkala kita jatuh dan juga‘My Date is a Book’, iaitu projek yang mengajar orang ramai untuk tidak menilai seseorang berdasarkan fizikal semata-mata.

      Sebagai bekas pelajar perubatan, Arlina ini walaupun sekarang dalam arena yang berbeza tapi dia masih lagi berusaha dalam mendidik rakyat Malaysia kepada minda yang sihat – untuk menjadi positif! Akhir sekali, nasihat Airlina kepada anak muda di luar sana, dia berkata:

      “Utamakan pendapat anda. Memang amat mudah untuk kita berasa kasihan pada diri sendiri apabila menyentuh perihal panampilan diri. Selalu ingatkan diri kita yang masih ada banyak lagi hal-hal penting untuk kita fikirkan daripada physical apperance. Fokus kepada benda yang anda boleh ubah seperti skill, attitude dan karakter peribadi.”
       soscili.my
  • Balik semula ke Twitterjaya.
    Selepas pengumuman bunuh diri Arlina tersebar, orang ramai mula memberi respon. Dan rata-ratanya tidak enak untuk dibaca.

  • Pelbagai kenyataan kejam membanjiri Twitterjaya. Selain gemuk, ada yang cakap Arlina ni attention seeker, tak ada otak, bodoh, dan sewaktu dengannya.

  • Ada juga yang tanya, "Arlina dah mati ke belum?" sampai sentuh bab syurga dan neraka seperti orang maksum yang tak pernah buat dosa

  • Arlina dikecam begitu teruk sehinggakan orang yang menyokong beliau turut dicemuh dan disuruh sama-sama bunuh diri

  • Dan baaaaaanyak lagi...

  • Sejarah berulang kembali. Menurut seorang kenalan kepada Arlina, beliau sebelum ini juga pernah terfikir untuk membunuh diri.
    Malah, penyakit BPD (boderline personality disorder) yang dialami beliau memang serius.

    • Arlina turut penah mengelar lengannya sebelum ini. Beliau bagaimanapun terselamat selepas segera dikejarkan ke hospital.
       says.com
  • Jadi, kalau cemuhan anda menjadi salah satu penyebab Arlina membunuh diri, adakah anda berasa bangga? Rasa puas hati?

      • 5a4bImage via SAYS
      • sumber: SAYS

Post a Comment

0 Comments