Follow us

Pembantu Rumah Indonesia Larikan Wang Tunai dan Barang Kemas Majikan Berjumlah RM43,000 Ditangkap

Gambar Hiasan


MELAKA: Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang melarikan diri bersama wang tunai dan barangan kemas bernilai lebih RM43,000 milik majikannya Selasa lalu, ditahan semalam.
Wanita berusia 30-an itu ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Shah Alam, Selangor, kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, berkata siasatan mendapati wanita itu dipercayai datang ke negara ini melalui ejen.
"Suspek menjadi pembantu rumah seorang doktor mulai 5 April lalu.
"Susulan laporan kejadian, suspek ditahan sepasukan anggota polis di sebuah premis di Taman Sri Muda, Shah Alam tengah hari semalam," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, sebentar tadi.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan di premis itu, polis menemui pelbagai jenis barangan kemas, wang tunai RM2,000, dua juta rupiah (RM598) serta resit belian barangan kemas bernilai RM9,000.
"Suspek direman sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan," katanya.

Post a Comment

0 Comments