Follow us

Tak Ramai Seperti Dia.... Bapa Tawarkan Diri Baiki Tandas Tersumbat Di Sekolah Anaknya


Tak ramai seperti Dia.

Ini En Ismail. Salah seorang bapa/penjaga bagi warga SKPI. Anak anaknya bersekolah di sini. Apa dia buat?

Dia bantu sekolah baiki tandas yang tersumbat. Dia hubungi cikgu untuk menawarkan bantuan. Kata anaknya, tandas tersumbat, tak boleh guna. 

Dia tampilkan diri untuk bantu. Katanya, tak mengapalah untuk sekolah anak anak saya juga. Dia buat kerja dengan ikhlas dan tidak mengharapkan balasan.

Pihak sekolah sangat berterima kasih pada En Ismail. Ini kerana, pihak sekolah sudah memohon untuk tandas dibaiki. Namun En Ismail telah memudahkan ribuan murid-murid di sekolah ini. Alhamdulillah Ada sesuatu sedang diusahakan oleh pihak sekolah untuk menghargai jasa En Ismail.
Jadilah seperti En Ismail.

Terima kasih sekali lagi.

Post a Comment

0 Comments