Assalamualaikum. Alhamdulillah. Kami amat bersyukur atas kehadiran Yahaira dalam hidup kami. Tidak pernah ada niat di hati untuk 'sorokkan anak' seperti didakwa sesetengah. Cuma sebagai bapa, saya mahu anak saya membesar dengan cara paling normal dan sederhana. Anak yang dapat membesar seperti ibubapanya sendiri dulu dan kanak-kanak yang lain hari ini. Saya pos kan gambar kami sekeluarga kerana semalam hari bersejarah untuk kami dan hari yang penting buat Yahaira. Dengan terbitnya gambar ini, insha Allah anak yang tidak berdosa ini tidak akan diberi pujian melampau mahupun dikeji. Janganlah juga ibunya terus dipersalahkan kiranya mahu anaknya membesar secara sederhana. Hidup sebagai selebriti tidak pernah di'pilih' oleh anak kami ini. Untuk Yahaira, bila dah pandai baca faham pos ni; Mummy Daddy are doing this because we think it is best for you. We might not know it all but we are trying to bring you up like how your grandparents raised us. Jadilah seorang yang bertanggungjawab, seorang yang berguna kepada masyarakat dan hamba yang selalu di sisi Allah. Amin
0 Comments