Follow us

SAMPAI HATI KAU BUNUH ABANG SEBAB BEREBUT REMOTE CONTROL!!!


Seorang lelaki berumur 23 tahun bertindak menikam abangnya,  Helmizi Imran, 33 hingga mati dengan pisau kerana menegur sikapnya yang berebut-rebut remote control televisyen dengan anak mangsa yang berumur 5 tahun pada ketika itu sedang menonton rancangan kesukaannya.

Kejadian tersebut berlaku diKampung Chuah, Port Dickson semalam.

Sewaktu kejadian,mangsa yang bekerja di sebuah hotel di Sepang pada ketika itu sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerjanya, telah menegur suspek kerana tak mahu mengalah dengan anak saudaranya menyebabkan lelaki itu naik hantu hingga berlaku pertengkaran.

Menurut ibu mangsa, Zaniah Salim, 63, pergaduhan itu berlarutan hingga di luar rumah sebelum seorang daripada anaknya rebah dan tidak sedarkan diri.

Post a Comment

0 Comments