Follow us

AL-FATIHAH.. PENGANTIN LELAKI TERBUNUH DALAM PERJALANAN MAJLIS SAMBUT MENANTU

4 maut dalam kemalangan di Sungai Renek, Besut, Terengganu tadi termasuk pengantin lelaki.
Pengantin lelaki maut manakala isteri cedera, patah tangan dan kaki dalam kemalangan libat 2 kenderaan di Sungai Renek, Besut.dlm perjalanan menyambut menantu


Pengantin lelaki adalah antara empat terbunuh apabila kereta mereka terbabit dalam kemalangan dengan 4WD di Kilometer 94 Jalan Jertih-Kuala Terengganu, Kampung Renek, di sini, 2.20 petang, hari ini.

Pengantin lelaki yang juga pemandu dikenal pasti sebagai Mohammad Norizan Mohd Nor, 20, dari Kampung Lubuk Panjang, Bandar Permaisuri.

Tiga lagi penumpang kereta berkenaan yang maut adalah ibu mentua pengantin, Rozila Jusoh, 42, dan dua adik iparnya, Norma Mohd Razaki, 15, dan Mohd Haikal, dua tahun, dari Chetok, Pasir Mas, Kelantan.

Mereka ketika itu dalam perjalanan untuk majlis menyambut menantu di rumah keluarga Mohammad Norizan selepas kenduri di rumah keluarga perempuan, semalam.

Isteri pengantin lelaki, Noraliza, 18, parah dan kini dirawat di Hospital Besut.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah, mengesahkan kejadian itu.











Post a Comment

0 Comments