Follow us

Nelydia Senrose Akhirnya Berpisah Dengan Qi Razali


Nelydia Senrose yang telah mendedahkan status perhubungan beliau dengan aktor Qi Razali yang telah pun berakhir menjelaskan yang dia tak akan memusuhinya.
“Kami berdua ingin fokus kepada kerjaya masing-masing dan perpisahan ini bukan bererti kami bermusuh dan masih berkawan. Apa pun sebab kami berpisah biarlah ia menjadi rahsia kami berdua kerana tidak mahu memperbesar-besarkan hal tersebut,” jelasnya kepada mStar Online.
Nelydia turut menambah, jika ditakdirkan jodoh bersama, beliau tidak akan menolaknya tetapi perisitiwa yang berlaku padanya telah memberi pengajaran berguna pada dirinya.
“Bercerita salah, sorok pun salah tetapi saya fikir pada masa hadapan cukuplah benda-benda peribadi hanya untuk pengetahuan diri sendiri. Bukan apa bila terlalu banyak didedahkan kepada umum ia banyak menimbulkan spekulasi dan kebanyakan daripadanya tidak tepat,” katanya.(rtky/s)

Post a Comment

0 Comments