Memetik laporan dari astroawani, menurut Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, bapa mangsa berasa terkejut setelah terbaca pesanan ringkas Wechat dalam telefon anaknya tentang aktiviti tersebut.
Bapa kepada gadis bawah umur tersebut kemudiannya telah membuat laporan polis dan akhirnya suspek lelaki yang disyaki merog0l anak gadisnya itu berjaya ditangkap oleh polis.
Ng juga berkata suspek dan pelajar perempuan tersebut telah berkenalan pada 8 November yang lalu melalui aplikasi wechat dan enam hari kemudian kedua-dua mereka telah mengatur pertemuan di Pekan Kampar.
"Pada 20 November kemudian mereka bertemu sekali lagi dan lelaki tersebut mengajak mangsa untuk melakukan hubungan s3ks di Tandas Awam Plaza Kranji, Jalan Market.
"Pada awalnya mangsa menolak, tapi akhirnya dia menurut permintaan lelaki tersebut setelah suspek berjanji tidak akan meninggalkannya dan mereka mengulangi perbuatan tersebut dua hari selepas itu di tempat sama.
Kejadian tersebut terbongkar setelah bapa mangsa terbaca mesej berkaitan di aplikasi WeChat anak perempuannya itu.
"Mangsa kemudian menceritakan kejadian sebenar kepada bapanya sebelum dibawa ke Balai Polis Malim Nawar untuk membuat laporan polis.
ASTROAWANI
0 Comments