
Percubaan seorang Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan untuk mengelak dari di tahan dalam sekatan jalan raya di di Pulau Kambing Kuala Terengganu petang semalam telah menyebabkan seorang anggota polis trafik cedera parah selepas dirempuh
Kejadian yang berlaku jam 5 petang itu telah mengakibatkan mangsa telah dilanggar secara tiba-tiba dan mengalami pendarahan di kepala dan badan serta dilaporkan dalam keadaan koma di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Suspek berjaya ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan dan tindakan susulan. -z

Suspek rempuh polis.

Polis terbaring atas jalan selepas dilanggar Mat Rempit.


0 Comments