Follow us

Nik Abduh Nasihatkan Pengunjung Ikut Sunah Nabi Ketika Ziarah Pusara Ayahnya

Nik Abduh Mohon Pengunjung Ikut Sunah Nabi Ketika Ziarah Pusara Ayahnya | 

Anak kepada Allahyarham Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Mohamad Abduh menasihatkan kepada orang ramai yang berkunjung ke pusara ayahnya supaya mengikut sunah Nabi Muhammad SAW.

Nik Abduh Mohon Orang Ramai Ikut Sunah Nabi Ketika Ziarah Pusara Ayahnya

Menurutnya orang ramai diminta supaya jangan melakukan perkara-perkara yang dianggap khurafat ketika menziarahi pusara Allahyarham.


Sambil menjelaskan kepada pihak media. 

"Saya nasihat kepada rakyat Malaysia yang datang ziarah hendaklah menepati sunah Nabi Muhammad SAW kerana ziarah keluarga dan tok guru adalah sama.

"Perlu berdoa dan mengambil peringatan untuk diri sendiri, jangan tambah (melakukan) benda yang bersifat bidaah dan khurafat kerana ia akan membatalkan amalan soleh kita sendiri," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka.

Nik Mohamad Abduh berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin "kononnya" terdapat segelintir masyarakat yang mengambil tanah di pusara berkenaan untuk dijadikan azimat dan sebagainya.

Tinjauan pihak media di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka mendapati orang ramai tidak henti-henti menziarahi pusara bekas Menteri Besar Kelantan itu.

kredit
http://www.astroawani.com

Post a Comment

0 Comments