Follow us

RAKAMAN CCTV KEJADIAN SAMUN BERPARANG DI IPOH


IPOH: Satu kejadian jenayah samun telah berlaku di sekitar bandaraya Ipoh di mana mangsa adalah merupakan seorang lelaki warga emas kira-kira pada jam 4.40 petang 5 September lalu.

Menerusi satu rakaman CCTV yang telah dimuat naik ke youtube.com, kelihatan warga emas itu telah disamun di sebuah lorong oleh dua orang lelaki dengan menaiki sebuah motosikal. Suspek selepas itu memberhentikan kenderaannya dan menyamun lelaki terbabit dengan bersenjatakan parang.

Jika diperhatikan rakaman video tersebut dipercayai suspek telah menetak mangsa beberapa kali sebelum beredar.

Malang tidak berbau, justeru itu orang ramai adalah dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan jangan sesekali mengambil risiko untuk berjalan seorang sendiri di kawasan-kawasan yang mempunyai risiko jenayah samun kerana lebih teruk ia boleh meragut nyawa 


Post a Comment

0 Comments