Follow us

VIDEO DOKUMENTARI BAGAIMANA AYAH PIN DIJUMPAI OLEH BEKAS MAT GIAN TERSEBAR


Rakaman Video ini menunjukkan bagaimana abang hensem ini seorang bekas Mat Gian menceritakan dengan serius kepada seorang wartawan barat yang sedikit pun tidak ketawa mengenai bagaimana beliau telah berjumpa dengan Ayah Pin di alam Bazrah.

Beliau adalah pengikut tegar ajaran Ayah Pin

Portal Rasmi Fatwa Malaysia telah mengeluarkan fatwa mengenai ajaran Ayah Pin seperti berikut:
Bahawa ajaran Arifin bin Muhamad (Ayah Pin ) ialah ajaran yang menyeleweng
daripada ajaran Islam sebenar , sesat dan syirik kerana ciri-ciri yang menyeleweng seperti yang berikut:
(a) dari aspek akidah-
(i) Ayah Pin sebagai tuhan yang turun dari langit dan kerajaan langit adalah di bawah kekuasaannya;
(ii) Ayah Pin mempunyai kuasa menyembuh segala penyakit dan sebutan namanya boleh menakutkan binatang buas;
(iii) Ayah Pin mendakwa bahawa Mekah,Kaabah dan Air Zam-Zam adalah miliknya dan dibina selepas mendapat wahyu dari langit;
(iv) Ayah Pin mempunyai kuasa menjadikan manusia menjadi batu melalui sumpahannya ,mengetahui perkara ghaib ,boleh
menentukan syurga dan neraka seseorang,mendakwa roh orang yang mati jahat akan dikurung dalam kubah markaz;
(v) menolak berlaku kemusnahan dunia ketika qiamat;
(vi) seseorang Islam itu perlu menjadi kafir dahulu;
(vii) menolak kepentingan mengucapkan dua kalimah syahadah di akhir kematian anak Adam;
(b) dari aspek syariah;
(i) menolak rukun Islam dan hukum syarak"berkaitan dengan Tuhan;
(ii) menolak rukun - rukun Islam termasuk kewajipan sembahyang lima waktu, puasa di dalam bulan Ramadhan, zakat dan ibadah haji.;
(iii) menghalalkan makanan yang diharamkan oleh syarak;
(iv) mengada-adakan hukum syarak"seperti nikah batin;

Post a Comment

0 Comments