BERPESTA SAKAN..!! Kapalterbang Punya Lah Besar Penumpang Cuma Ada 3 Orang.
Macam selebriti pulak diorang ni dilayan seolah-olah kapalterbang tu dia punya. Ini disebabkan kapalterbang Britsh Airways tersebut dari Gibraltar ke Lapangan Terbang Heathrow di London hanya membawa mereka sahaja.
Menurut Stevens, mereka telah dimaklumkan jadual penerbangan mereka ditunda selama 3 jam namun ketika mereka tiba di lapangan terbang, kesemua penumpang yang lain telah menaiki penerbangan yang lebih awal.
Antara 3 menu hidangan yang disediakan oleh kabin krew. |
Kapal terbang yang membawa 3 wanita bertuah tersebut. |
Mereka turut diberi peluang untuk bergambar di kokpit dan kru penerbangan. Malah, ketiga-tiga wanita tersebut tidak perlu beratur panjang di bahagian pemeriksaan imigresen kerana tiada penumpang lain. – AGENSI/Kosmo
0 Comments