Follow us

Boss AirAsia Bagi Hadiah BMW Hybrid kepada Pilotnya. MEMANG TERBAIK..!!




Terbaik..!! Boss AirAsia 

Bos terbaik! Itu pujian yang selayaknya diterima oleh bos syarikat penerbangan tambang murah AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes


 Dia bukan sahaja menyayangi para pekerjanya tetapi juga sangat menghargai kesetiaan mereka terhadap AirAsia. Ini kerana baru-baru ini Tony telah berbesar hati menghadiahkan sebuah kereta mewah, BMW hybrid kepada salah seorang kapten yang dikenali sebagai Kapten Omar. 


Bersama AirAsia selama 20 tahun sebulan. 

Tony menyatakan bahawa Kapten Omar telah bersama AirAsia selama 20 tahun sebulan. 

 “Saya dan @din.meranun (Datuk Kamarudin Meranun – CEO AirAsia) membuat keputusan untuk menghadiahkan dia BMW hybrid” katanya.

 “Kami mempunyai juruterbang yang hebat sebagaimana dicontohi oleh Kapten Omar. Nikmati kapten dan terima kasih kepada semua juruterbang saya yang menakjubkan” katasnya lagi menerusi laman Facebook. 

 Pada masa yang sama, Tony turut memuat naik gambarnya memeluk erat Kapten Omar berlatarbelakangkan sebuah kereta BMW yang berwarna putih. Selain itu, rata-rata netizen memuji sikap Tony dan Kamarudin yang disifatkan tidak memandang pekerja sebagai ‘kuli’ sebaliknya aset. 

 Ada juga netizen percaya penghargaan yang diberikan oleh boss Air Asia itu diberikan kepada Kapten Omar berdasarkan percapaiannya dalam syarikat itu. -pru14.tv-

Post a Comment

0 Comments