Follow us

SULTAN JOHOR HADIAHKAN MESIN CT-SIMULATOR BERNILAI RM3.6 JUTA UNTUK RAWATAN KANSER KEPADA HOSPITAL







Pusat Rawatan Onkologi Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, akan menerima hadiah sebuah mesin CT-simulator sumbangan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor. Mesin CT-simulator yang canggih tersebut berharga RM3.6 juta termasuk pemasangan. Sultan akan menaja pembelian mesin, manakala Kementerian Kesihatan akan menanggung kos pemasangan. Mesin yang digunakan di hospital tersebut pada masa ini telah diperolehi pada tahun 1998, dan telah digunakan secara aktif sejak tahun 2004. 

Sejak kebelakangan ini, mesin tersebut sering rosak telah membuatkan keputusan imbasan yang tidak tepat.

Isu msin CT-simulator yan usang ini ini telah dibawa ke perhatian Sultan oleh Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor. Permaisuri bersimpati dengan nasib seorang pelajar UTM berusia 21 tahun, yang merupakan pesakit kanser. Yusnita, dari Pengerang, yang berasal dari keluarga yang miskin. Beliau telah menjalani pembedahan untuk membuang tumor kanser, tetapi kemudian diberitahu sesetengah sel kanser masih kekal. Enggan untuk menjalani satu lagi pembedahan, dia sebaliknya memilih untuk radioterapi, tetapi diberitahu bahawa CT-simulator terpaksa dibaiki, sekali gus proses radioterapi yang amat diperlukan olehnya terpaksa ditangguh. "Kami tahu bagaimana rasanya mempunyai seorang anak yang menghidap kanser, dan kita tahu kesusahan dan kebimbangan ibu bapa rasakan. Kami kehilangan anak kami, kami tidak mahu ibu bapa lain berputus asa dan sedih seperti yang dilalui oleh keluarga baginda justeru kami mahu membantu seberapa ramai pesakit kanser yang boleh, "kata Permaisuri. Kebetulan, anakanda baginda Almarhum Tunku Abdul Jalil, Tunku Laksamana Johor, pernah melawat kemudahan onkologi pada 8 Mac 2015, dan telah melahirkan kebimbangan mengenai keadaan mesin tersebut. Kini semuanya bakal berubah kerana Sultan Ibrahim sedia untuk menaja pembelian mesin CT-simulator yang canggih dan mempunyai 64 bilah. Ini akan memastikan bahawa lebih banyak nyawa pesakit kanser diselamatkan melalui rawatan radioterapi di hospital tanpa berlengah-lengah

Post a Comment

0 Comments