Kota Kendari, Sulawesi Tenggara: Aksi seorang ustaz yang memberi khutbah dengan cara yang melampau - sampai memanjat mimbar - sehingga dikrtik orang ramai, termasuk di media-media sosial.
Aksi seorang ustaz bernama Nur Maulana yang begitu dikenali dengan gimiknya “jemaah, oh jemaah” itu begitu keterlaluan dan tak sesuai dengan keadaan semasa.
Berdasarkan gambar yang tersebar di media sosial itu , Ustaz Nur Maulana kelihatan sedang memberikan ceramah di Masjid Agung Khairah Ummah di kota Kolaka.
Kejadian tersebut telah berlaku pada hari Khamis, 26 Februari lalu.
Menurut pengguna Facebook yang telah mengupload gambar Ustaz Nur Maulana itu berkata, pada ketika itu ustaz tersebut sedang menyeru hadirin yang mendengar ceramahnya supaya beristighfar.
Tetapi Yayuk Hannan pengguna facebook lain menulis komentarnya mengenai gambar itu: “Ya Tuhan, ini terlalu berlebihan dan seolah-olah ahli sarkas.”
Manakala seorang lagi pengguna iaitu Siti Fatimah menulis: “Tiada lain kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang menipu.
Semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayah kepada ustaz Nur Maulana, dan menghilangkan segala keburukannya. Semoga ustaz kembali ke jalan lurus dan diredai.”
Ustaz Nur Maulana, 40, adalah merupakan seorang pendakwah kelahiran Makassar yang begitu disenangi orang ramai kerana sering menyampaikan ceramahnya dengan menggunakan bahasa mudah semasa berceramah.
Beliau telah mendapat pendidikan di Pondok Pesantren an-Nahdah di Makassar pada tahun 1994.
Selain daripada berceramah, dia juga adalah seorang guru di sebuah sekolah rendah Islam di situ.
Selain itu, seorang ustaz telah menyindir Ustaz Nur Maulana
Abduh Zulfidar Akaha menyatakan, perlakuan seperti itu sangat bahaya dan berharapa agar tidak ada mana-mana pihak lain yang menirunya.
“Itu aksi khusus untuk pelaku lagak ngeri profesional,” katanya. - Agensi
0 Comments