Fizo Omar dan isterinya Mawar sudah lama bernikah namun begitu mereka masih belum dikurniakan cahaya mata pengarang jantung. Disebabkan itu ada pula beberapa pihak yang mendakwa Mawar, isteri Fizo ini telah terkena buatan orang atau sihir oleh mereka yang tidak puas hati dengan kejayaan mereka berdua dalam perniagaan Tudung Fareeda hingga menyebabkan Mawar sukar untuk mengandung..
Ketika dajukan pertanyaan kepada Fizo, beliau pun tidak menidakkan dakwaan itu.., mungkin hal ini terjadi di luar pengetahuan dia..
Saya tidak mahu kata ya dan juga tak mahu kata tidak, mungkin ia berlaku di luar pengetahuan saya. Setakat ini tak ada apa-apa yang pelik berlaku.
Saya bukanlah tak percaya benda itu ada, semuanya berlaku, dengan keizinan Allah. Jika tak dapat anak, bukanlah sebab perbuatan orang, mungkin belum sampai masanya. katanya..
Semoga pasangan ini terus berusaha dan berdoa aga dikurniakan cahaya mata yang comel seperti ibu bapa mereka. Insyaallah.
0 Comments