Sumber dari Blogserius telah memaparkan satu video yang memperlihatkan satu kes samun telah berlaku di Kota Damansara, Selangor.
Difahamkan, rumah berkenaan sedang mengadakan majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri. Perompak berkenaan dikatakan bersenjatakan parang ketika membuat perkara tersebut.
Yang lebih menyedihkan, kanak-kanak yang sedang gembira terpaksa menjadi saksi kejadian yang tak berhati perut itu.
Nampaknya, penyamun sekarang masih berani walaupun rumah tersebut sedang mengadakan majlis. Malah ia dilihat menjadi satu kelebihan dimana orang di rumah berkenaan tidak menyangka perkara tersebut bakal terjadi.
Diharap masyarakat Malaysia sentiasa berhati-hati. Sentiasa beringat dan berwaspada. Orang jahat nak buat jahat tak kira masa. SiakapKeli.com
0 Comments