Alahai, comelnya melihat aksi yang dirakamkan bila kanak-kanak yang masih kecil dan naif ditegur guru kerana mencium rakan sekelas.
Ceritanya, dua budak dalam rakaman ini kantoi selepas salah seorang rakan sekelas yang melihat mereka mencium pipi seorang murid perempuan mengadu pada guru.
Dapat dilihat, guru terlibat bijak bermain dengan psikologi untuk mendidik anak-anak muridnya.
Namun apa yang lucu, si pengadu dalam rakaman ini turut tumpang sekaki menasihati rakan-rakannya bila ada kesempatan.
Saksikan video di bawah dan anda pasti tersenyum melihat gelagat murid yang bertindak ala ‘ustaz’ atau pengawas itu.
Jika mendengar dialek yang dituturkan, kanak-kanak ini dipercayai murid pra-sekolah di Brunei.#mynewshub
0 Comments