Follow us

VIRAL Rupanya Lelaki Resah di Kelilingi 3 Polis Trafik Bintulu Dapat Habuan Istimewa dari Polis


VIRAL Rupanya Lelaki Resah di Kelilingi 3 Polis Trafik Bintulu Dapat Habuan Istimewa| Bintulu: Gambar gelagat seorang penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar tiba-tiba terserempak dengan tiga anggota polis mengelilinginya semalam berlaku di Bintulu pada petang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Zailani  Amit mengesahkan kejadian tersebut semasa beliau dihubungi Harian Metro.

Ketika kejadian, sepasukan anggota polis dari cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Bintulu melakukan rondaan dan ketika tiba ke persimpangan lampu isyarat Jalan Airport Lama berhampiran Paragon Bintulu, anggota polis trafik berhenti betul-betul di sebelah lelaki terbabit.

 Sudah tentulah lelaki tersebut telah melanggar peraturan undang-undang jalan raya kerana tidak memakai topi keledar dan beliau telah mendapat "hadiah istimewa berupa saman trafik".

Kadar Kompaun Kesalahan Trafik 2016



“Anggota polis kemudiannya menahan lelaki itu di tepi jalan dan mengeluarkan saman kerana tidak memakai topi keledar,” katanya.

 Gambar kejadian tersebut menjadi viral di laman facebook semalam dan dipercayai dirakam oleh pengguna jalan raya yang lain.

Post a Comment

0 Comments