Follow us

Jawapan Datuk Siti Nurhaliza Kepada Orang Ramai Yang Kecam Dia Nyanyi Di Smule




Datuk Siti Nurhaliza sudah lama berkecimpung dalam bidang seni suara sejak zaman sekolah lagi. Tetapi biasalah, walaupun ramai yang meminatinya masih ada  juga yang tidak senang dengannya. 



Siti baru-baru ini telah menggunakan aplikasi nyanyian, smule yang menjadi perdebatan netizen.

Minat Sama Seperti orang lain


“Ramai yang bertanya, mengapa saya mencuba aplikasi Smule? Saya tahu aplikasi itu menjadi tempat untuk mereka yang menggemari nyanyian merakamkan video seolah-olah sedang berduet dengan penyanyi yang diminati. Salahkah saya jika mempunyai minat sama seperti orang lain. 





Tak Salah Mencuba Sesuatu Yang Baru  

 “Saya juga sama seperti mereka, cuma mungkin yang membezakan kami apabila kerjaya saya sebagai penyanyi menjadikan saya dikenali ramai. Namun, saya juga mempunyai minat dan keinginan untuk mencuba aplikasi terbaru, apatah lagi jika ianya membabitkan kerjaya nyanyian. 



Seolah Dekat Dengan Peminat

 “Secara tak langsung, aplikasi ini buat saya dekat kepada peminat. Mereka yang tak berkesempatan bertemu saya secara peribadi, dapat melunaskan impian mereka menerusi Smule. Saya melihatnya dari sudut positif,” katanya 




Menjawab soalan tentang bentuk badan beliau yang semakin berisi sama ada mungkinkah penyanyi itu sedang hamil, Siti menafikannya. 



Menurut Siti, dakwaan itu mungkin dibuat kerana sikapnya yang suka menarik baju dibahagian perut kerana ingin melindingi bahagian yang berisi.

Post a Comment

0 Comments