Follow us

Mungkin Inilah Punca Rumah Zaquan Adha dan Ayu Raudhah Dipecah Masuk


Bahaya Kongsi Lokasi Di Laman Sosial


Sebagai selebriti dan ahli perniagaan, Ayu Raudhah sering menggunakan internet untuk mempromosikan produk kecantikannya nya iaitu Jus Cherah Ayyu di instagram miliknya @ayuraudhah_7.

Pada hari Jumaat lalu rumah persinggahan bersama suaminya pemain bola sepak JDTII telah dipecah masuk.


Kejadian tidak diingini itu turut berjaya dirakam menerusi CCTV rumah jirannya.
Rakaman video jelas menunjukkan tiga lelaki mengangkut beberapa barang dan pakaian milik pasangan ini.
Persoalannya kenapa penjenayah tersebut begitu berani menjalankan kegiatan tersebut di waktu siang hari?

Kemungkinan penjenayah tersebut telah dapat maklumat bahawa tiada orang di rumah selebriti tersebut pada hari kejadian. kerana suaminya ke Sabah bersama skuad bolasepak JDTII manakala Ayu Raudhah berada di Kuala Lumpur.

Ini kerana Ayu Raudhah telah berkongsi status dan lokasinya pada sebelum dan pada hari kejadian di Instagramnya iaitu ketika beliau dalam perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur dan bersama rakan-rakannya di McDonald membolehkan penjenayah tersebut majalankan operasi mereka.

Dalam perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur

Bersama rakan-rakannya di McDonald

Kesimpulannya, memang bahaya jika kita berkongsi lokasi semasa di laman sosial.

Post a Comment

0 Comments