Follow us

Keadaan Terkini Cubaan Membunuh Anggota Komando.. Semoga Cepat Sembuh



Keadaan Terkini Cubaan Membunuh Anggota Komando..
Semoga Cepat Sembuh & Dipermudahkan Segala Urusan..
Aamiin






Maklumat awal kejadian pukul/cubaan membunuh anggota Rejimen 11 Gerak Khas 1162424 Kpl Mohd Daud Bin Karim.

Tarikh: 17/4/2016.
Masa: 0105H.
Lokasi: Taman Peruna Sg. Udang Melaka.

Anggota datang ke Markas Rejimen untuk urusan buat mesej sehingga jam 0100H.

Lebih kurang jam 0105H dalam perjalanan pulang, motor beliau telah ditahan di simpang berhampiran lorong tikus ke kebun Tmn. Peruna. Iaitu di kawasan gelap. Lebih kurang 150m dari pasukan, beliau telah ditahan sekumpulan lelaki - 4 orang dan dipukul mggunakan kayu. Anggota pengsan di tempat kejadian. Anggota dibawa ke tempat lain mnggunakan kereta (tidak tahu jenis apa).

Dari maklumat awal, anggota telah dibawa ke Krubong bagi cubaan melemaskan beliau. Namun gagal kerana terdapat orang awam yang sedang memancing.

Kemudian tangan beliau digari dan seterusnya beliau dibawa ke Sg.Timun Rembau untuk tujuan yang sama bagi maksud membunuh beliau. 

Beliau bernasib baik kerana masih hidup dan dijumpai orang awam di sekitar kawasan berhampiran.

Orang awam membuat Laporan Polis. Polis yang tiba membawa beliau ke hospital Alor Gajah.

Pihak hospital telah menghubungi pasukan dan memaklumkan anggota sedang dirawat di hospital berkenaan.

Setakat ini mangsa dalam proses untuk dipindahkan ke Hospital Melaka. 

Laporan Polis kedua akan dibuat setelah selesai menghantar mangsa ke Hospital Melaka.

  • *Mangsa tidak pasti akan pelaku kerana keadaan gelap dan berlaku terlalu pntas.

  • *Mangsa sekarang dalam keadaan sedarkan diri.

  • *Motor mangsa dimklumkan dijumpai di Petronas Sg. Udang.

~ Sumber dari FB rakan KOMANDO (Wira Damai)








Post a Comment

0 Comments