Follow us

ALHAMDULILLAH... Akhirnya Suspek Perogol Kanak-kanak 4 Tahun Berjaya ditangkap Semula


KAJANG: Polis berjaya menahan semula suspek penjenayah berhubung kes merogol seorang kanak-kanak yang baru berumur empat tahun di Kampung Kubu Gajah, Sungai Pelong, Sungai Buloh yang sebelum ini telah dilepaskan oleh dua anggota polis pada hari Khamis lalu.
Menurut  Datuk Mohd Adnan Abdullah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, pihak polis telah menangkap suspek seorang lelaki warganegara Kemboja tersebut yang bersembunyi dalam sebuah bengkel di Paya Jaras pada pukul 6 petang semalam (Ahad).
 "Ketika ditahan, suspek sedang menyembunyikan diri di bengkel berkenaan namun berjaya ditangkap oleh pasukan polis," katanya 
Suspek akan ditahan reman tiga hari bermula hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Sabtu lepas, dua anggota polis yang didakwa membebaskan suspek dikenakan tindakan tata tertib iaitu tahan kerja serta-merta kerana menjalankan tugas dengan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP).
Dalam kejadian Khamis lalu, kanak-kanak malang itu dikatakan dirogol suspek pada pukul 1.00 pagi sebelum ditangkap orang ramai.
Dua anggota polis yang menaiki kereta peronda kemudian tiba di lokasi tersebut menahan suspek berkenaan dan membawanya ke Balai Polis Sungai Pelong.
Bagaimanapun, dua anggota polis berkenaan dikatakan membuat keputusan membebaskan suspek disebabkan ibu mangsa enggan membuat laporan polis kerana mereka adalah warga asing dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
Satu laporan polis kemudian dibuat oleh seorang doktor hospital kerajaan pada hari sama setelah memeriksa kanak-kanak itu yang dibawa ibunya untuk menerima rawatan selepas mangsa mengadu sakit pada kemaluan.
-mstar

Post a Comment

0 Comments