Follow us

Gambar 4 Rakyat Malaysia Diculik Di Semporna Sabah Dimuatnaik oleh Penculik

Gambar empat rakyat Malaysia yang diculik lelaki bersenjata berhampiran Pulau Ligitan, Semporna, Sabah, pada 1 April lalu dimuat naik ke laman Facebook yang dipercayai milik ahli kumpulan penjenayah berkenaan.

 Ia dimuat naik Ahad lalu menggunakan akaun sementara atas nama Victor Troy Poz. Gambar ini memaparkan keempat-empat mangsa culik yang juga kru kapal dalam keadaan mencangkung sambil memegang sekeping kertas bertulis 'Victor Troy'.

 Ia turut memaparkan tarikh 8 April lalu, dua hari sebelum gambar berkenaan dimuat naik. Laman Facebook itu dipercayai diwujudkan pada hari sama dan hanya mengandungi tiga gambar termasuk gambar mangsa culik.

 Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan keempat-empat mangsa culik iaitu Wong Teck Kang, 31 tahun, Wong Hung Sing, 34, Wong Teck Chii, 29 dan Johnny Lau Jung Hien, 21 tahun, masih hidup.

 Beliau turut mengesahkan bahawa pihaknya sedang mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa Filipina untuk pembebasan mereka. - tv3

Post a Comment

0 Comments