Follow us

50 pelajar dan 11 guru SMK Pengkalan Chepa 2 diserang histeria.


PENGKALAN CHEPA: Pihak pengurusan SMKPengkalan Chepa 2, Kelantan bersepakat untuk untuk mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam untuk menghalau 'lembaga hitam' yang didakwa dilihat oleh pelajar di sekolah tersebut.

Sehubungan itu  pelajar dan guru di sekolah berkenaan diberi cuti peristiwa sehari setelah terjadi gangguan tersebut bermula pada hari Isnin lalu.

Menurut pengetuanya, Siti Hawa Mat, serangan histeria bermula pada Isnin itu melibatkan 25 orang pelajar,  dan iserangan histeria tersebut berulang sekali lagi pada semalam apabila lebih 50 pelajar dan 11 guru diserang histeria.

Kejadian ini merupakan adalah pertama kali berlaku di sekolah tersebut yang telah dibina pada 2001.

Kesemuanya mendakwa terlihat satu 'lembaga hitam'.

Keadaan di sekolah terbabit kini sudah terkawal selepas pengamal perubatan Islam datang membantu.

Katanya lagi pelajar yang diserang histeria juga pulih sekitar tengahari pada Rabu sebelum mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.



Sementara itu seorang guru yang diserang histeria pada Rabu, Norlailawati Ramli memaklumkan gangguan bermula ke atas pelajar sebelum merebak kepada beberapa guru.

“Bila saya pegang dia (pelajar) memang terasalah macam berat tangan dan bacalah apa saya (ingat), beristifar. Memang hilang kawalan masa itu, lepas dia balik, mula pada saya sebelah kiri memang ada macam orang berpaut.. nampak kelibat, macam hitam begitu,” kata Norlailawati.
Bagi  seorang lagi guru, Kamariah Ibrahim, dia membaca ayat suci Al-Quran sejurus hilang kawalan kerana dipercayai dirasuk.

“Dia (lembaga hitam)macam nak masuk, tetapi kawan-kawan terus baca ayat (Al-Quran) di sekeliling. Rasa besar kepala, rasa kebas,  air mata mengalir tidak berhenti, baca ayat Qursi, kepala jadi ringan adalah dalam masa sejam juga," kata Kamariah.

1,044 pelajar dan 84 guru ini akan meneruskan sesi persekolahan pada hari Ahad minggu depan dengan pemantauan oleh beberapa Ustaz dan pengamal perubatan Islam.

Post a Comment

0 Comments