Follow us

Siti Nordiana Gegar Vaganza Jelaskan Kenapa Dia Tolak Pinangan Seorang Ustaz





Kemunculan semula Siti Nordiana atau Nana dalam Program terbitan Astro Gegar Vaganza telah melonjak kembali popularitinya sehingga followersnya dalam instagram turut bertambah dan memberi sokongan padu pada setiap persembahannya setiap minggu,

Nana yang merupakan seorang ibu tunggal dan masih jelita sudah pasti telah mendapat perhatian daripada lelaki.

Dipetik dari Harian Metro , “Kalau benar ada orang yang mahu melamar saya, buat masa sekarang saya tak akan terima kerana mahu memberi tumpuan kepada kerjaya nyanyian dan anak. Saya belum bersedia untuk bergelar isteri semula, malah saya selesa dengan kehidupan sekarang,” kata Siti Nordiana Alias, 31 atau Nana mengulas khabar angin dirisik seorang ustaz. 

 Jelas Nana, dia ada terdengar daripada kawan-kawan ada ustaz mahu melamarnya tetapi menganggap itu semua hanya gurauan. 

 “Setakat ini saya bahagia hidup sendiri sambil membesarkan anak tunggal saya, Mohd Rayyan Nakhaie yang kini berusia tujuh tahun. 

 “Sejak kembali solo enam tahun lalu, belum terbuka hati untuk berkahwin lagi. Kawan-kawan memang suka mengusik dan saya tak ambil serius pun,” katanya. 

 Walaupun sudah menjanda sejak enam tahun lalu, Siti Nordiana atau lebih mesra dengan sapaan Nana, 31, masih belum mempunyai keyakinan untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua. 

 Ini kerana Nana bimbang anak lelaki tunggalnya, Ryyan Nakhaie yang kini berusia tujuh tahun akan terasa tersisih. 

 "Jujurnya jika bercakap soal kahwin saya tidak cukup kuat untuk mengharungi alam rumah tangga buat kali kedua selepas pernah bercerai sebelum ini. Kalau boleh biarlah perkahwinan itu nanti akan kekal sehingga akhir hayat. 

 Menerusi program Gegar Vaganza musim kedua yang bakal melabuhkan tirai pada 13 Disember ini, Nana membuktikan dia bukanlah ‘penyanyi kampung’ seperti yang dilabel beberapa pihak. Sepanjang lapan minggu berentap, anak jati Negeri Sembilan itu membuka mata orang ramai bahawa dia penyanyi serba boleh. 

 hmetro

Post a Comment

0 Comments