Follow us

Sambutan Hebat, Tiket Final Gegar Vaganza RM1,000 Habis Dijual


Sungguh hebat!!! Sambutan yang cukup luar biasa Tiket berharga RM1000 untuk menyaksikan konsert akhir program Gegar Vanganza 2 yang akan dijalankan pada Ahad ini di Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam ini habis dijual.

Enam artis yang akan bertanding iaitu Siti Nordiana, Farah Dhiya, Ezad Lazim, Haiza, Nassier Wahab dan Acong (Sweet Child).

Harga tiket yang mahal ini seolah-olah untuk menyaksikan konsert artis antarabangsa.

Selain itu, tiket-tiket berharga RM380 dan RM300 turut sudah habis dijual sejak mula dibuka untuk pembelian pada 6 Disember lalu.

Walaubagaimanapun hanya tinggal tiket berharga RM250 dan RM200 yang masih boleh dibeli

Harga tiket artis tempatan seperti Anuar Zain adalah yang paling mahal berharga RM1,380 untuk menyaksikan persembahannya pada  Minggu Setiausaha,  April lalu. 

Hadiah wang tunai RM100,000 menanti pemenang pertandingan ini.
mstar

Post a Comment

0 Comments