Follow us

[4 gambar] Jambatan di Batu Pahat Retak dilanggar Kapal tongkang


Kejadian berlaku di Batu Pahat, sebuah tongkang melanggar jambatan di Batu  Pahat.

Jambatan Batu Pahat telah dilanggar oleh sebuah tongkang pasir berukuran 20 meter yang dibawa arus kira-kira 7.30 pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Mohd Khalid, Saif Ab Rahim yang mengesahkan perkara berkenaan berkata kejadian bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan kepada pengguna.
Tongkang itu dipercayai dibawa arus kuat dari kawasan Minyak Beku dan telah tersangkut di jambatan itu.
Ia telah ditarik ke lokasi selamat oleh Jabatan Laut kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Din Ahmad, dalam pada itu memaklumkan pihak Jabatan Kerja Raya, JKR telah mengisytiharkan jambatan itu selamat untuk dibuka kepada lalu lintas, namun hanya lorong motosikal ditutup bagi pihak JKR memulakan kerja-kerja pembaikan.







Post a Comment

0 Comments