Follow us

NGERI!!! VIDEO KANAK-KANAK 5 TAHUN MAUT TERHEMPAS KE TANAH DIBAWA LAYANG-LAYANG RAKSASA

Tragis, balita tersangkut layang-layang lalu tewas terjatuh




Van Minh Dat (sosok kecil di lingkaran) tersangkut layang-layang di Vietnam. 


 Kisah yang menyayat hati ini terjadi semasa kemeriahan  festival layang-layang di Ibu Kota Ho Chi Minh, Vietnam. 

Van Minh Dat (5 tahun), adalah seorang anak lelaki seorang penjual minuman di tempat kejadian, secara tidak sengaja kakinya telah terbelit tali sebuah layang-layang raksasa di situ.

Dat pada ketika tiu sedang membantu ibunya menjaja air minuman di sekitar. Tiba-tiba, botol-botol air mereka terjatuh kerana tali layang-layang besar yang hendak naik ke udara. Pada Ketika mereka sedang memungut botol, tiba-tiba kaki kanak-kanak  tersebut tersangkut.

Agak malang sekali kerana pemilik layang-layang itu tidak menyedari talinya telah menyeret kanak-kanak itu sehingga pada ketinggian 18 meter. 

Orang-ramai yang menyedari hal tersebut berteriak dan sungguh ngeri ketika melihat mangsa tersebut melayang di udara. Belumpun sempat untuk diberi pertolongan, kaki kanak-kanak malang tersebut terlepas dan mangsa mati terhempas ke tanah.

Mangsa telah  maut kerana mengalami kecederaan dalaman. Dia meninggal dunia di dalam sebuah ambulan  ketika dalam perjalanan ke hospital.

Kejadian yang sungguh menyayat hati itu berjaya dirakam oleh  kamera seorang pengunjung. Layang-layang yang menjadi punca kematian Dat itu mempunyai kelebaran 14 meter. 

Pada saat kejadian tersebut berlaku, angin bertiup kencang di Lapangan Dong Dieu, sehingga kanak-kanak malang itu begitu mudah terangkat ke udara.

Post a Comment

0 Comments