Florin Ionita (53) terlentang di bahagian kecemasan sebuahhospital di kota Chisinau, Moldova setelah kemaluannya hampir putus digigit perempuan yang dirayunya. |
"Pada ketika itu saya sedang berpiknik bersama suami dan beberapa orang teman di taman tersebut. Selepas itu saya menghantar pulang beberapa rakan dengan menggunakan kereta kami dan saya telah meninggalkan suami saya di taman itu," kata isteri Florin.
"Apabila saya kembali semula dan mencari dia, saya dapati suami saya dalam keadaan seluar melorot sambil memegang kemaluannya. Dia meminta saya menghubungi ambulans kerana zakarnya hampir putus," menurut isterinya itu.
Ketika isterinya meminta Florin menjelaskan kejadian sebenar yang berlaku kepadanya, akhirnya dia mengetahui yang Florin sebenarnya sedang berusaha berbuat tak senonoh dengan salah seorang kawan isterinya.
Florin dituduh dengan sengaja menunjukkan kemaluannya kepada kawan isterinya itu dan perempuan bertindak balas dengan menggigit kemaluan lelaki tersebut.
Maria (49), isteri Florin, berkata dia telahpun memaafkan perbuatan suaminya itu tetapi dia mengaku lewat memanggil ambulans seperti yang disuruh oleh suaminya.
Maria juga tidak memberikan maklumat kedudukan mereka dengan jelas kepada pemandu ambulans ketika mengarah ke taman bandar Chisinau untuk membawa Florin yang sedang dalam kesakitan yang amat sangat.
Walaupun isterinya telah memaafkan perbuatannya, tetapi rakan isteri Florin tetap tidak melupakan perbuatan Florin. Perempuan itu membuat aduan jenayah terhadap perbuatan Florin kepada pihak polis dengan tuduhan usaha penyerangan.
Akibatnya, polis akan terus menyoal siasat Florin yang kini semakin sembuh dan dibenarkan untuk meninggalkan hospital. Jika didapati bersalah yang Florin bakal menerima hukuman penjara selama lima tahun
SUmber: Mirror
0 Comments