Follow us

Hael Husaini Masih Cuba Pujuk Datuk Siti Nurhaliza Nyanyikan Lagu Anta Permana Jika Berjaya ke Final AJL




PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjelaskan komposer dan penulis lirik lagu Anta Permana nyanyiannya iaitu Hael Husaini masih memujuknya untuk menyanyikan lagu tersebut sekiranya ia berjaya melangkat ke Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) akan datang.


Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 40, menjelaskan penyanyi yang terkenal dengan lagu Jampi itu turut meluahkan hasrat untuk mengumpul petisyen daripada orang ramai memintanya menyanyikan sendiri lagu itu sebagai kemunculan semula Siti di pentas AJL.
“Memang Hael Husaini selaku komposer dan penulis lirik lagu Anta Permana ada hubungi saya secara peribadi meminta agar saya menyanyikan sendiri lagu ini jika ia layak ke AJL kelak. Hael juga meluahkan hasrat untuk mengumpul petisyen daripada orang ramai agar saya terbuka hati untuk memenuhi permintaannya.

Namun sehingga kini belum ada sebarang kata putus untuk menyanyikan atau tidak lagu tersebut. Saya beri kebebasan untuk Hael pilih dahulu pengganti yang sesuai, rasanya dia sendiri mampu bawa lagu tersebut dengan baik,” kata Siti kepada mStar.

Terdahulu, Siti pernah meluahkan hasrat untuk melihat penyanyi Ernie Zakri menggantikannya menyanyikan lagu Anta Permana jika berjaya ke AJL.







Untuk rekod, isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini mengumumkan dia menarik diri daripada menyertai mana-mana pertandingan nyanyian pada 2010.

Anta Permana dihasilkan Hael dan juga komposer terkenal, Ezra Kong.
Sumber: mStar


[ad_2]

Source link

Post a Comment

1 Comments


  1. admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indoneisa
    banyak kejutan menang
    agent judi online dengan proses cepat kurang dari 2 menit :)
    ayo segera bergabung di fansbetting
    F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
    B0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50
    Silakan di add ya teman" WA : +855963156245^_^

    Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini F4ns Bett1ng (WA +855 96315624)^^

    ReplyDelete