Follow us

Mereka bertiga memang rapat sejak kecil, 3 sahabat maut dalam perjalanan pergi bercuti

Malang tidak berbau. Itulah perumpamaan yang boleh dibuat menerusi kemalangan yang menimpa tiga sahabat yang tular sejak petang tadi. Persahabatan yang akrab antara tiga sekawan ini akhirnya menemui nokhtah apabila mereka maut bersama dalam kemalangan ngeri semalam semasa menuju ke Pulau Pinang untuk bercuti.


Mereka yang maut adalah Mohamad Syahidi, Khairul Amirin Tengku Kamarudin serta Mohamad Shazlimie Mohd Rosli, masing-masing berusia 24 tahun dan seorang lagi parah Mohd Shahrin Rashid, 23, apabila Perodua Myvi yang dinaiki oleh mereka bertembung dengan bas persiaran di Jalan Gerik-Baling.





Menerusi Berita Harian, abang kepada salah seorang mangsa iaitu Mohamad Syahidi, Dr Mohamad Syafiq Ahmad Kamil memberitahu bahawa mereka bertiga termasuk seorang yang parah berkawan baik sejak kecil lagi.

“Adik saya berkawan baik terutama dengan dua rakannya yang juga maut itu, malah mereka bersekolah di sekolah sama sejak sekolah rendah dan menengah.”


Muat naik berita tersebut di Facebook sumber telah mengejutkan warganet. Rata-rata mereka menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan agar roh mereka semua ditempatkan dalam kalangan orang beriman.



Sumber : Berita Harian

Post a Comment

1 Comments


  1. admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indoneisa
    banyak kejutan menang
    agent judi online dengan proses cepat kurang dari 2 menit :)
    ayo segera bergabung di fansbetting
    F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
    B0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50
    Silakan di add ya teman" WA : +855963156245^_^

    Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini F4ns Bett1ng (WA +855 96315624)^^

    ReplyDelete