Follow us

Murid Perempuan Dipatuk Ular di Padang Sekolah Kini Dalam Keadaan Stabil


Rembau: Murid perempuan tahun dua yang dipatuk ular di SK Chembong pagi semalam semakin stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Rusni Ab Jalil berkata, hasil maklumat keluarga, mangsa sudah kembali aktif.
Beliau berkata, dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa dipatuk ular ketika menjalankan aktiviti di padang sekolah terbabit.
"Ketika itu, mangsa menjalani latihan pendidikan jasmani dan secara tiba-tiba, dia terjatuh dan tidak sedarkan diri.
"Guru segera menghantar mangsa ke Klinik Kesihatan Rembau sebelum dirujuk ke HTJ," katanya pada sidang media di SK Chembong, hari ini.

Post a Comment

0 Comments