Follow us

Kesian... Student Tahun Akhir Hilang Beg dan Ditinggalkan Pemandu Bas Ekspress Tepi Highway


IPOH – Seorang penumpang bas ekpress terpaksa berputih mata apabila barang-barang berharga miliknya hilang akibat kecuaian pemandu bas, selain ditinggalkan di tepi lebuh raya utara selatan.

“Sesiapa yang terjumpa bagpack berwarna biru seperti dalam gambar, lokasi sekitar perjalanan dari Terminal Amanjaya Ipoh, Perak, minta tolong sangat-sangat, pulangkan beg itu,” rayu Izzahton Auni, rakan kepada pemilik beg berkenaan.



Difahamkan, terdapat barang-barang berharga dalam beg tersebut seperti, laptop, kunci kereta, kunci rumah, kad matrik pelajar dan pakaian.

“Laptop itu penting sebab kawan saya ini merupakan pelajar tahun akhir. Dalam laptop itu ada banyak dokumen penting antaranya research,” katanya.

Menurut Izzahton, rakannya telah ditinggalkan oleh pemandu bas Ekspress Kesatuan di tepi jalan lebuh raya utara selatan, dalam perjalanan pulang ke Dungun pada jam 9 malam, lewat 30 minit dari waktu yang telah dijadualkan, semalam.

“Masa baru nak masuk highway, pemandu bas baru perasan yang pintu tempat letak barang, terbuka. Dia tengok melalui side mirror.



“Setelah memberhentikan bas di tepi jalan, bagpack kawan saya sudah tiada. Aapa yang berlaku adalah kecuaian pihak syarikat bas ekspress yang tidak memeriksa pintu tempat letak barang tertutup rapat dan semuanya okay.






“Kesudahannya? Kawan saya ditinggalkan di tepi lebuh raya. Kawan saya tak nak naik selagi bagpack dia tidak ditemui. Pemandu bas pula nak teruskan perjalanan kerana penumpang yang lain nak balik. Nampak sangat pemandu bas tak bertanggungjawab,” jelasnya.




Justeru, Izzahton meminta orang ramai yang menemui bagpack berkenaan menghubungi mereka di talian 011-37183704 (Khairi), 017-5119451 (Mira) atau 011-31244132 (Auni). – PIXEL MEDIA

Post a Comment

0 Comments